← Back to list
Penjawat awam di 4 negeri diberi bonus Aidilfitri RM500
Apr 03, 2024
Penjawat awam di 4 negeri diberi bonus Aidilfitri RM500
Penjawat awam di Kelantan, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan masing-masing menerima imbuhan Aidilfitri RM500.
Imbuhan itu mampu meringankan beban mereka untuk raikan Syawal yang dijangka minggu depan.
Sementara itu, kerajaan Kelantan turut mengumumkan 9 April sebagai hari kelepasan am di negeri berkenaaan.
__
JPJ laksana 3 operasi khas menjelang Aidilfitri
Jabatan Pengangkutan Jalan melaksanakan tiga operasi khas menjelang sambutan Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini.
Katanya, tindakan itu dibuat bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.
Operasi pertama babitkan larangan kenderaan perdagangan untuk berada di jalan raya dua hari sebelum dan dua hari selepas raya.
__
Met Malaysia: Hujan lebat menjelang Aidilfitri
MET Malaysia ramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda sesetangah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri ekoran fasa peralihan monsun.
Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca