← Back to list
Had Laju Jalan Persekutuan Diturunkan Sempena Aidilfitri
Apr 03, 2024
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara diturunkan kepada 80 kilometer sejam sempena Aidilfitri bermula 8 hingga 14 April ini.
Menurut Kementerian Kerja Raya, Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya turut dijalankan dalam tempoh sama.
Sementara itu kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal pula akan diberhentikan bermula 5 hingga 14 April untuk kurangkan kesesakan.
Dalam pada itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia ingatkan orang ramai supaya tidak terbangkan dron tanpa kelulusan di lebuh raya serta di lokasi nahas semasa musim perayaan ini.
---
Terminal Bersepadu Gombak dijangka akan mula beroperasi Jun depan.
Namun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tarikh tepat terminal berkenaan mula beroperasi, masih belum ditentukan.
Terminal Bersepadu Gombak dibina sejak 2016 bertujuan menampung perkhidmatan bas ekspres bagi koridor Pantai Timur dan Utara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca