← Back to list
PADU Perlukan Perubahan - Kerajaan Sarawak
Mar 23, 2024
Perlu Beberapa Perubahan Ke Atas PADU
Kerajaan Sarawak minta beberapa perubahan dilakukan ke atas sistem Pangkalan Data Utama, PADU.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata ia berikutan timbul keraguan berkaitan maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan termasuk maklumat perbankan.
Dalam pada itu, kerajaan Perak minta tarikh akhir pendaftaran maklumat PADU dilanjutkan bagi memastikan kesemua penduduk di negeri itu mendaftar.
Setakat ini, hampir 50% penduduk negeri itu masih belum mendaftar dan kebanyakannya berada di luar bandar.
__
Bawa Bekas Sendiri Ke Bazar Ramadan
Orang ramai digalakkan bawa bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora berkata ia sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik selain mengelakkan pembelian secara berlebihan.
Pihaknya juga menggesa peniaga bazar Ramadan untuk menderma lebihan makanan yang tidak terjual kepada golongan memerlukan bagi mengelakkan pembaziran.
__
Kerajaan Benarkan Pengusaha Bas Kenakan Sucaj 10%
Kerajaan membenarkan pengusaha bas ekspres mengenakan surcaj 10% sempena perayaan Aidilfitri ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia bertujuan untuk membantu pengusaha menambah kapasiti bas dan membayar elaun kepada pekerja.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca