← Back to list
PM Mahu Tindakan Wajar Dalam Isu Stoking Tertera Kalimah Allah
Mar 21, 2024
Perdana Menteri mahu tindakan segera diambil berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, tidak boleh ada sebarang penghinaan terhadap agama, apatah lagi Islam.
Dalam pada itu beliau turut meminta semua pihak agar tidak terperangkap dengan isu-isu yang berpanjangan.
Terdahulu, pengasas dan CEO kedai serbaguna terbabit telah tampil memohon maaf secara terbuka selepas gambar stoking berkenaan tular di media sosial.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, minta semua pihak tidak berlebihan keluarkan kenyataan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.
Tegas beliau, ia bagi mengelakkan sentimen 3R (raja, kaum dan agama) dibangkitkan yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat.
---
Lebih 23,000 kemalangan dicatatkan di lebuh raya utama di seluruh negara tahun lepas.
Menurut Kementerian Kerja Raya, angka tersebut naik kira-kira 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Daripada jumlah tersebut 1,200 melibatkan kenderaan berat.
Dalam perkembangan berkaitan, PDRM berkata Ops Selamat musim perayaan Aidilfitri akan dilaksanakan bermula 8 hingga 13 April.
---
Polis Johor sahkan terima 5 laporan berkaitan kes liwat babitkan seorang lelaki yang dipercayai naib ketua pemuda parti politik di Mersing.
Mangsa dipercayai 6 lelaki termasuk 3 pelajar sekolah dan suspek dilaporkan akan didakwa di mahkamah hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca