← Back to list
Jualan Rahmah: Tiada Isu Pilih Bulu
Mar 15, 2024
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nafi dakwaan kononnya Program Jualan Rahmah hanya dianjurkan di kawasan-kawasan Parlimen kerajaan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali tegaskan inisiatif it meliputi seluruh kawasan Parlimen malah jadualnya boleh disemak dalam laman sesawang KPDN.
Secara keseluruhannya hampir 6,900 Program Jualan Rahmah dianjurkan KPDN sepanjang tahun lalu.
---
Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, kerajaan akan kaji semula gaji minimum tahun ini.
KSM juga akan ambil kira pandangan semua pihak termasuk majikan, pekerja dan laporan-laporan sosioekonomi termasuk dari Bank Negara.
---
Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah terima 7 kes berkaitan cuaca panas ketika ini.
Menurut kerajaan negeri, 3 kes merupakan strok haba manakala 4 lagi mengalami kelesuan haba.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca