← Back to list
Jaga Tingkah Laku Di Parlimen
Feb 26, 2024
Jaga Tingkah Laku Di Parlimen
Semua ahli parlimen diingatkan supaya jaga tingkah laku ketika membahas isu semasa di parlimen.
Yang di-Pertuan Agong akui malu dengan sikap segelintir ahli parlimen yang seakan-akan tidak menghormati dewan rakyat sebelum ini.
“Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tuturkata yang sopan, bukan maki hamun orang lain. Kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini.”
Baginda juga tidak akan melayan mana-mana permintaan yang mampu menggugat kestabilan negara.
Tegas Sultan Ibrahim, kesemua 222 ahli parlimen harus terus menghormati Kerajaan Perpaduan yang sedia ada.
“Semua pihak mestilah terima kenyataan dan hormat kerajaan perpaduan. Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihanraya yang akan datang”
Wakil Rakyat turut dititah fokus dengan tugas masing-masing demi kebajikan 33 juta rakyat Malaysia.
Berkenaan perpaduan rakyat, baginda menyeru kerajaan supaya merangka satu dasar yang lebih kukuh dan harmoni.
Titah baginda lagi, semangat perpaduan perlu dipupuk sejak dari kecil bagi melahirkan generasi masa depan yang bersatu padu dan saling memahami.
Baginda turut menyeru semua lapisan masyarakat supaya tidak memainkan isu sensitif melibatkan Raja, kaum dan agama.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pagi tadi.
Sidang parlimen itu akan berlangsung sehingga 27 Mac ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca