← Back to list
3 Pemimpin NGO Disenarai FBI Tiada Rekod Keganasan - Saifuddin
Feb 22, 2024
3 pemimpun NGO tempatan yang tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan aktiviti keganasan di negara ini.
Jelas Menteri Dalam Negeri, sama seperti Amerika Syarikat, Malaysia juga ada agensi yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kompeten dalam buat tapisan.
Tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, PDRM sudah tapis identiti semua 359 individu dan 53 NGO yang terlibat dengan Ops Ihsan sebelum operasi berkenaan dimulakan.
Ops Ihsan merupakan operasi kemanusiaan untuk bantu penduduk Gaza yang merupakan inisiatif kerajaan didokong penglibatan NGO.
---
Malaysia bakal mengaplikasikan beberapa kaedah baru yang digunakan Jepun dalam pengurusan bencana di negara itu.
Ujar Timbalan Perdana Menteri, ia termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI bagi atasi masalah banjir.
Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pendekatan itu dilihat berkesan dalam menangani isu bencana alam terutama dalam tempoh jangka panjang.
---
Polis Selangor tahan 5 lelaki yang disyaki terlibat kes belasah hingga mati seorang pemandu kereta di Kajang kelmarin.
Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang mangsa terlibat kes langgar lari seorang penunggang motosikal yang maut di lokasi kejadian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca