← Back to list
CUEPACS Tak Setuju Skim Pencen Mansuh
Jan 26, 2024
CUEPCACS tidak setuju dengan keputusan kerajaan yang akan mansuh skim pencen untuk lantikan penjawat awam baru berstatus tetap.
Jelasnya secara purata penjawat awam berkhidmat melebihi 30 tahun sebelum layak terima faedah saraan, dan pencen juga jadi skim yang lebih menjamin kesejahteraan mereka selepas bersara.
Menurut CUEPCACS agi, dengan skim gaji yang masih rendah ketika ini, skim caruman KWSP dilihat tidak bantu penjawat awam miliki simpanan persaraan mencukupi.
---
Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko jenayah seksual.
Menurut Bukit Aman, maklumat berkenaan menarik pelaku seksual terutama golongan pedofilia untuk merancang perbuatan jenayah.
Jelasnya, ini kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja berpotensi diumpan seorang pedofilia yang kononnya bersedia berkongsi masalah dengan mereka.
---
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu melepas dan membebaskan 8 individu termasuk pegawai polis daripada tuduhan bunuh seorang pemandu e-hailing Januari tahun lalu.
Ini selepas saksi utama pendakwaan iaitu bekas isteri mangsa mengaku melakukan pembunuhan tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca