← Back to list
Subsidi Golongan Kaya Perlu Dikurangkan Sebelum Perkenal Semula GST.
Sep 14, 2023
Subsidi Golongan Kaya Perlu Dikurangkan Sebelum Perkenal Semula GST.
Kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga perlu melakukan rasionalisasi subsidi secepat mungkin kerana perbelanjaan subsidi untuk negara adalah antara yang tertinggi di Asia.
Perdana Menteri juga memaklumkan beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs.
Tegas Datuk Seri Anwar, kerajaan mahu mengembalikan semula dana itu kepada rakyat bagi tujuan menyediakan keperluan pendidikan, kesihatan awam dan kemudahan asas.
Lebih 3,800 insiden keselamatan siber direkodkan sejak Januari lalu.
Lebih 3,800 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999, CyberSecurity Malaysia sejak Januari lalu.
Menurut Kementerian Komunikasi dan Digital, 4 insiden tertinggi ialah penipuan, pencerobohan, berkaitan kandungan dan kod berniat jahat.
Menurut KKD, ia menunjukkan tahap kesedaran pengguna Internet Malaysia perlu ditingkatkan lagi memandangkan rakyat masih menjadi mangsa ancaman siber.
Kes keganasan rumah tangga tertinggi dicatatkan di Selangor.
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi di seluruh negara sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Menurut polis Selangor, bagi tempoh Januari hingga bulan lalu, sudah lebih 800 kes dilaporkan di negeri tersebut.
Jenis keganasan rumah tangga paling banyak dilaporkan adalah mendatangkan kecederaan, ugutan dan khianat.
Statistik juga menunjukkan isteri paling kerap jadi mangsa kes keganasan rumah tangga diikuti kanak-kanak dan suami.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca