← Back to list
8,000 Kes Hilang Mykad Dilaporkan Setiap Tahun Sejak 2018.
Sep 07, 2023
8,000 Kes Hilang Mykad Dilaporkan Setiap Tahun Sejak 2018.
Kira-kira 8,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan di seluruh negara setiap tahun sejak 2018.
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, ia merangkumi 4 peratus daripada 200,000 MyKad yang dikeluarkannya setiap tahun.
JPN ambil serius isu itu kerana bimbang MyKad berkenaan disalahguna untuk pelbagai tujuan termasuk jenayah.
Menurutnya lagi, faktor utama kehilangan kad pengenalan adalah disebabkan kecuaian.
FAMA sedia bantu pasarkan beras tempatan.
FAMA bersedia bantu memasarkan beras tempatan terutamanya membabitkan kawasan yang didakwa berlaku kekurangan makanan ruji itu.
Ia memandangkan pihaknya ada pengalaman bantu memasarkan telur ketika kekurangan bahan itu di beberapa negeri termasuk di Pantai Timur sebelum ini.
FAMA kini hanya tunggu arahan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dijangka berbincang dengan Bernas dan pengeluar padi hari ini.
Sabtu lalu, kementerian minta pengilang padi dan pemborong beras meningkatkan bekalan beras putih tempatan sebanyak 20 peratus.
Ia menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan beras di pasaran.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca