← Back to list
Pembekuan Pekerja Asing Untuk 3 Sektor Perniagaan Ditarik Balik.
Sep 05, 2023
Pembekuan Pekerja Asing Untuk 3 Sektor Perniagaan Ditarik Balik.
Kerajaan tarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing untuk 3 sektor perniagaan sejak 14 tahun lalu.
Ujar Perdana Menteri, ia melibatkan sektor gunting rambut, tekstil dan tukang emas.
Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kelulusan hanya melibatkan sebahagian daripada 15,000 permohonan diterima.
Pada masa sama beliau mahu rakyat tempatan tetap diberi keutamaan.
Perdana Menteri turut tegaskan lesen perniagaan yang dimiliki warga tempatan mesti digunakan oleh anak watan.
Pengundian awal PRK Parlimen Pulai berlangsung hari ini.
Lebih 900 pegawai dan anggota polis akan tunai tanggungjawab mereka di 2 pusat undi.
Kedua-dua pusat undi dibuka serentak pada 8 pagi ini dengan salah satunya akan ditutup lebih awal iaitu pada 12 tengah hari.
Sementara itu pengundian biasa bagi PRK Parlimen berkenaan dan DUN Simpang Jeram akan berlangsung pada Sabtu ini.
Dalam pada itu polis akan ambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
Ia berhubung kenyataan beliau yang dilapor mengeluarkan fatwa berkaitan pengundian PRK Parlimen Pulai.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca