← Back to list
Jangan Mempermainkan Isu 3R
Jul 12, 2023
Jangan Mempermainkan Isu 3R
Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin politik yang memainkan isu 3R iaitu agama, bangsa dan Institusi Diraja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembagaan tidak boleh dibiarkan.
Polis kini sedang siasat pengerusi DAP dan Presiden PAS berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R.
Dalam perkembangan berkaitan, penganalisis politik berkata isu 3R tidak wajar dijadikan sebagai bahan untuk kepentingan politik.
Ujar Dr Mohammad Tawfik Yaakob, ia termasuk sebagai bahan kempen menjelang PRN 6 Negeri bulan depan.
Tambah Dr Tawfik, jika isu itu terus digunakan, tidak mustahil ia akan mempengaruhi pemikiran masyarakat termasuk golongan muda terhadap politik negara.
KPM agih peruntukan untuk selenggara tandas.
Semua sekolah diberi masa 3 bulan untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas demi keselesaan murid.
KPM kini dalam proses mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk tujuan berkenaan.
KWSP cadang perkenalkan Akaun 3.
KWSP sahkan tiada sebarang pindaan dirancang membabitkan pengeluaran penuh bagi pencarum berumur 55 dan 60 tahun.
Pihaknya sebaliknya bercadang memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca