← Back to list
Jangan Terpengaruh Dengan Jangkaan Tarikh Aidilfitri di Media Sosial
Apr 09, 2023
Rujuk sumber sahih untuk tarikh Aidifitri tahun ini.
Jangan mudah terpengaruh dengan sebaran maklumat berkaitan tarikh Hari Raya Aidilfitri di media sosial.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil saran orang ramai supaya hanya merujuk pada sumber rasmi bagi elak kekeliruan dan seterusnya mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
Tegasnya, hanya satu tarikh sahaja yang akan diikuti iaitu yang akan diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nanti.
Lebih 500 penerbangan tambahan diluluskan sempena Aidilfitri tahun ini.
Menurut Kementerian Pengangkutan ia bagi menampung permintaan yang tinggi ketika musim perayaan melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.
2.8 juta passport dikeluarkan pasca Covid-19.
Jabatan Imigresen telah mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport pasca-COVID-19.
Jelas Menteri Dalam Negeri, ia meningkat 4 kali ganda yang mendorong kepada kesesakan teruk terutamanya kepada pejabat pengeluar pasport di Lembah Klang.
Bagi atasi masalah itu, pihaknya melanjutkan operasi perkhidmatan termasuk membuka pejabat pada hari Sabtu dan Ahad dan galakkan permohonan secara online.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca