← Back to list
Lindungi Anak-Anak Daripada Gejala Serius Covid-19.
Feb 23, 2022
Lindungi Anak-Anak Daripada Gejala Serius Covid-19.
Menteri Kesihatan ulangi saranan kepada ibu bapa agar segera bawa anak-anak mendapatkan vaksin Covid-19.
Jelas Khairy Jamaluddin, ia bagi elak anak-anak alami gelaja serius Covid-19 iaitu sindrom keradangan pelbagai sistem, MIS-C.
Sementara itu, Pakar Perunding Pediatrik, Dr Selva Kumar Sivapunniam berkata antara tanda awal MIS-C adalah demam, mata kemerah-merahan, ruam, muntah dan sakit perut.
Ibu bapa perlu bawa anak-anak dapatkan rawatan segera jika mereka menunjukkan simptom tersebut.
Kluster Pendidikan meningkat.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata sejak 1 Januari hingga 19 Februari lalu, lebih 360 kluster Pendidikan dikesan dengan sebahagian besarnya masih aktif.
Majoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala.
Antara punca utama berlakunya penularan jangkitan itu adalah ketidakpatuhan pada SOP dan pergerakan bebas pelajar semasa di asrama.
Malaysia mencatatkan kadar ketagihan internet yang tinggi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata dapatan kajian itu juga jadi antara punca peningkatan risiko keselamatan siber terhadap generasi muda.
Tan Sri Annuar Musa menasihati ibu bapa agar pantau aktiviti anak-anak bagi memastikan mereka tidak mengakses kandungan berunsur negatif.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca