← Back to list
Vaksinasi COVID-19 Kekal Sebagai Program Sukarela.
Jul 29, 2021
Kerajaan tetap tidak bercadang untuk mewajibkan vaksin Covid-19 kepada rakyat.
Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.
Khairy Jamaluddin bagaimanapun berharap kemudahan yang akan diberikan kepada individu yang sudah lengkap 2 dos vaksin akan menarik golongan yang enggan terima vaksin untuk segera mendaftarkan diri.
Kemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi katanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri.
Kerajaan tangguhkan rancangan pemberian vaksin kepada remaja.
Rancangan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun ditangguhkan dahulu.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia susulan terdapat kes remaja yang terima vaksin Pfizer di Amerika Syarikat alami kesan sampingan seperti keradangan jantung.
Guru bakal terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin sebelum sekolah dibuka.
Warga pendidik akan terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan dibuka pada 1 September ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata pihaknya sedang kenal pasti bilangan guru dan kumpulan sokongan untuk penjadualan janji temu.
Setakat ini, lebih 300,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca