← Back to list
Penetapan Tarikh Vaksinasi Bergantung Kepada Beberapa Faktor.
Jul 26, 2021
Penetapan tarikh vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bergantung kepada beberapa faktor.
Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, antaranya tarikh pendaftaran, fasa vaksinasi di sesuatu kawasan dan senarai menunggu di hospital dan klinik.
Penjelasan itu diberi susulan rungutan orang ramai yang masih belum dapat janji temu walaupun sudah mendaftar awal sejak Februari lalu.
Sementara itu, kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital dijangka mula turun bulan depan.
Menurut Khairy Jamaluddin, ini kerana menjelang Ogos, 40 peratus populasi penduduk dewasa dijangka mendapat vaksin.
Isu suntikan vaksin kosong tiada kaitan dengan sindiket penjualan.
Isu suntikan vaksin COVID-19 guna picagari kosong tiada kaitan dengan sindiket penjualan atau penyelewengan!
Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, polis telah mengesahkan perkara itu disebabkan kecuaian manusia dan tiada bukti kukuh yang menunjukkan kejadian itu didalangi sindiket.
Isu kecuaian sebegitu juga katanya bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di negara yang lain.
Polis pantau mogok doktor kontrak.
PDRM akan pantau mogok doktor kontrak yang dijangka diadakan di semua fasiliti kesihatan kerajaan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan pula merayu doktor kontrak batal hasrat untuk mengadakan mogok kerana bimbang ia menjejaskan pesakit dan kerjaya mereka.
Mereka diberitakan mahu mengadakan mogok itu berhubung isu jawatan, gaji dan kebajikan mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca