← Back to list
Jangan Longgarkan SOP
Jun 30, 2021
Jangan Longgarkan SOP
Kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP PKP penuh di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tegas Menteri Kanan (Keselamatan), MKN telah memutuskan satu SOP sama diguna pakai di seluruh negara dan negeri tidak sepatutnya membuat SOP sendiri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan Sabah membenarkan makan di restoran bermula semalam, berbeza dengan SOP yang dikeluarkan MKN.
Susulan itu beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada wakil kerajaan Sabah pada Mesyuarat Sidang Khas MKN.
Kuanter LHDN Buka Untuk Janji Temu
Semua kaunter perkhidmatan percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi secara janji temu mulai esok.
Waktu operasi ialah mulai pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berdasarkan hari bekerja negeri-negeri.
Pelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian menerusi portal LHDN.
Semalam LHDN mengumumkan tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori dilanjutkan susulan pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ia bagi memberikan lebih masa kepada pembayar cukai menyediakan dokumen dan maklumat yang perlu diisytiharkan kepada pihaknya.
Cakna Murung
Semua pihak perlu lebih cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling.
Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, ia bagi mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, orang ramai boleh membantu dengan cara mengambil serius dengan tidak memperlekehkan dan mendengar luahan individu yang mengalami kemurungan.
Mereka yang mengalami tekanan pula boleh menghubungi Befrienders untuk mendapatkan bantuan.
Tahun lalu 631 kes bunuh diri dilaporkan di negara ini, naik berbanding 609 pada 2019.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca