← Back to list
PKP Penuh Disambung Atau Beralih Fasa Diumum Sebelum Isnin Depan.
Jun 23, 2021
Keputusan sama ada PKP penuh disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan sebelum Isnin depan.
Jelas Perdana Menteri, ia tidak akan dibuat dalam masa terdekat ini kerana perlu menunggu penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam pada itu, elaun sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 dinaikkan kepada RM100 ringgit sehari.
Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan ia bermula bulan ini dan melibatkan sukarelawan yang bertugas lebih 12 jam sehari.
KPM cadangkan pelajar kelas peperiksaan kembali ke sekolah lebih awal.
Kementerian Pendidikan mencadangkan MKN supaya pelajar kelas peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah lebih awal daripada Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.
Pihaknya juga mohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 supaya mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan pelajar kategori itu.
Setakat ini, hampir 150,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lelaki ditahan beri minum bayinya minuman keras.
Di Pulau Pinang, polis tahan lelaki berusia 19 tahun yang memberi minuman keras kepada bayi berusia 5 bulan dalam satu video viral.
Menurut polis, suspek yang juga bapa kepada bayi itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau.
Bayi berkenaan juga telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca