← Back to list
Kelonggaran peraturan buat penerima vaksin dikaji
Jun 21, 2021
Kelonggaran peraturan buat penerima vaksin dikaji
Foto - The Star
Kerajaan sedang mengkaji beberapa kelonggaran peraturan yang akan diberikan khusus kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 berkata, antara kelonggaran yang dipertimbangkan termasuk kebenaran merentas negeri kepada penerima dos lengkap vaksin.
Ia membabitkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan sebagai syarat peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara, khususnya jumlah populasi yang sudah menerima vaksin.
-----
Kanak-kanak 12 tahun ke atas boleh daftar vaksin
Foto - aimanabdullah.com
Kanak-kanak dan remaja berusia 12 tahun ke atas kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
Ini susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.
Pendaftaran boleh dibuat pada ruangan 'tambah tanggungan' yang tersedia dalam kategori 'vaksinasi' di aplikasi berkenaan.
-----
Kes harian COVID-19 turun sedikit
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara mencatatkan penurunan apabila 4,611 kes baharu direkodkan hari ini berbanding lebih lima ribu kes semalam.
Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 1,346 kes diikuti Negeri Sembilan (437), Sarawak (682), Johor (314) dan Kuala Lumpur (310)
Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka manakala Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca