Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Fasa Ketiga PICK di Lembah Klang Bermula Hari Ini.

Jun 21, 2021


fasa ketiga pick di lembah klang bermula hari ini.

Fasa ke-3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Lembah Klang dipercepatkan dan ia bermula hari ini.

Ujar Menteri Penyelaras PICK, ia berikutan majoriti warga emas dan OKU di Kuala Lumpur dan Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu.

Jelas Khairy Jamaluddin, pelaksanaan fasa ke-3 ini memberi keutamaan kepada individu yang sudah mendaftar sejak Februari lalu berasaskan konsep 'first come, first serve'.

Mana-mana negeri yang sudah melengkapkan hampir 90 peratus fasa ke-2 juga dibenarkan memasuki fasa ke-3.

Khairy turut memaklumkan, kerajaan sedang teliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberi kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19.

Antara perkara yang diperhalusi ialah pergerakan rentas negeri dan kebenaran membuka pelitup muka semasa pertemuan antara individu yang sudah mendapat vaksin yang lengkap.

 

KPM dalam fasa akhir tubuhkan jawatankuasa bebas tangani aduan.

Kementerian Pendidikan kini dalam fasa terakhir menubuhkan jawatankuasa bebas bagi tangani isu pemeriksaan haid di sekolah.

Jawatankuasa itu bukan sahaja meneliti kes berkaitan malah aduan seumpamanya pada masa akan datang.

Ia susulan sejumlah murid mendakwa berlaku amalan pemeriksaan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dan dikatakan wujud sejak sekian lama!

 

Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor antara negeri yang akan dapat guru-guru baru.

Jelas Menteri Pendidikan, ini selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengambilan lebih 18,000 guru secara one-off.

Berdasarkan kajian KPM, negeri-negeri berkenaan katanya antara yang menghadapi kekurangan guru yang agak kritikal.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca