← Back to list
Tidak Perlu Pemerintahan Darurat Selepas 1 Ogos.
Jun 17, 2021
Tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.
Ia antara 7 perkara yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu di Istana Negara, semalam.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.
Ia bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat dibahaskan ahli parlimen.
Tambah Istana Negara, nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan dan program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.
Vaksinasi COVID-19 secara ‘walk-in’ bakal dilaksanakan.
Namun jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan keutamaan diberikan kepada individu yang telah berdaftar tetapi belum diberi janji temu.
Khairy Jamaluddin turut beri jaminan, masalah kelewatan aturan janji temu vaksinasi akan selesai apabila lebih banyak bekalan vaksin tiba bulan depan dan Ogos nanti.
Pihaknya dalam pada itu akan merangka strategi untuk memberi suntikan vaksin pelajar tingkatan 5 dan 6 serta guru yang akan terlibat dengan peperiksaan SPM dan STPM tahun ini.
Jelas KJ, pihaknya pertimbang untuk memberikan sekurang-kurangnya 1 dos vaksin sebelum mereka kembali ke sekolah.
Jangan sebar berita palsu!
Mesej viral bertajuk ‘Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 syor Darurat Kesihatan disambung' adalah palsu!
Tegas MKN, orang ramai diminta untuk tidak mengedarkan atau menyebarkan berita tidak benar yang diterima melalui media sosial.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca