← Back to list
CITF Hargai Sambutan Baik Orang Ramai Terhadap Vaksin Astrazeneca.
May 27, 2021
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, CITF hargai sambutan baik orang ramai terhadap pendaftaran sukarela vaksin AstraZeneca pusingan kedua, semalam.
Pihaknya bagaimanapun mohon maaf atas gangguan teknikal yang menyebabkan pengguna sukar mengakses beberapa ciri di laman sesawang CITF.
Slot janji temu vaksin tersebut terima sambutan hangat orang ramai apabila habis ditempah selepas hanya sejam dibuka.
Polis akan mengambil keterangan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini.
Ia berkaitan pelanggaran SOP iaitu tidak memakai pelitup muka ketika sidang media insiden tren LRT laluan Kelana Jaya.
Sementara itu, Kementerian Kewangan diberita telah menamatkan khidmat Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana.
Namun Malay Mail melaporkan, Tajuddin belum menerima surat penamatan perkhidmatan beliau.
Isu penamatan perkhidmatan itu terkandung dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan dan viral di media sosial sejak malam tadi.
Terdahulu Datuk Seri Tajuddin dilanda kontroversi berhubung cara pengendalian sidang media mengenai nahas terbabit.
Tiada SOP melarang orang ramai keluar rumah bermula jam 8 malam hingga 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata ia susulan video viral babitkan seorang pemandu ditahan anggota trafik dalam sekatan jalan raya di Seksyen 31.
Jelasnya, anggota trafik tersebut hanya bertanyakan mengenai surat pergerakan dan tujuan pemandu itu keluar malah tiada sebarang kompaun dikeluarkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca