← Back to list
Pesakit COVID-19 di ICU kian meningkat
May 22, 2021
Pesakit COVID-19 di ICU kian meningkat
Foto - Berita Harian
Bilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU terus meningkat daripada 580 kepada 643 semalam termasuk 363 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh dua hari, negara mencatatkan 109 kematian akibat COVID-19 termasuk 50 yang dilaporkan semalam.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara pula adalah 1.17.
-----
Pendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca dibuka esok
Foto - Berita Harian
Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Aksesn Vaksin pendaftaran sekali lagi ingatkan pusingan kedua pemberian vaksin AstraZeneca akan dibuka bermula 12 tengah hari esok.
Pendaftaran bagaimanapun hanya dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas di Lembah Klang, Johor, Kuching dan Miri.
JKJAV pada masa turut maklumkan, Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia akan dibuka sebagai PPV golongan OKU Penglihatan di Lembah Klang.
-----
Perincian SOP ketat PKP 3.0 diumum hari ini
Foto - Astro Awani
Kerajaan akan memperketatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai menerusi sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam yang turut melibatkan kerajaan negeri.
Perincian penuh mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) dalam satu sidang media, hari ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca