← Back to list
Dakwaan Vaksinasi COVID-19 Rendah Dan Perlahan Adalah Tidak Benar.
May 04, 2021
Dakwaan kononnya kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini rendah dan perlahan adalah tidak benar.
Ujar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia dibuat mengikut jadual penghantaran bekalan.
Jelas Khairy Jamaluddin lagi, kerajaan telah menerima lebih 1.9 juta bekalan vaksin dan hampir 1.5 juta sudah digunakan.
Ia menunjukkan kadar penggunaan vaksin yang diterima di negara ini adalah tinggi iaitu 75 peratus.
Vaksin Pfizer dan AstraZeneca mungkin diberikan kepada jemaah haji.
Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadat haji tahun ini mungkin diberi vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.
Ujar Menteri Hal Ehwal Agama, 2 vaksin tersebut merupakan vaksin yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi.
Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri lagi, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkaitan perkara itu.
Pembayaran i-Sinar pada bulan ini dibuat mulai semalam sehingga 11 Mei.
KWSP memaklumkan, pembayaran dibuat secara berperingkat bergantung kepada prosedur bank.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca