← Back to list
MFL pinda jadual Liga-M
Apr 06, 2021
MFL pinda jadual Liga-M
Foto: Stadium Astro
MFL akan meminda jadual perlawanan Liga Malaysia bermula 23 April ini!
Pindaan tersebut menyaksikan pasukan Liga Super akan beraksi sebanyak 5 perlawanan pada bulan Ramadhan berbanding hanya 2 perlawanan sebelum ini.
Manakala pasukan Liga Premier akan beraksi sebanyak 4 perlawanan berbanding hanya 3 seperti yang dijadualkan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata pindaan tersebut bertujuan memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya untuk lakukan persiapan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022, Jun depan.
Selain itu, pindaan tersebut turut mengambil kira perubahan jadual aksi Liga Juara-Juara Asia yang melibatkan JDT dan saingan Piala AFC yang melibatkan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC.
Dalam pada itu, MFL turut umumkan penonton akan kembali dibenarkan ke stadium mulai hari ini dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
---
BAM ambil pendekatan tunggu dan lihat.
Foto: Stadium Astro
BAM ambil pendekatan tunggu dan lihat pendirian negara lain berhubung cadangan menukar format pemarkahan sukan badminton.
Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh berkata pihaknya perlu dapatkan maklum balas daripada pemain dan jurulatih sebelum membuat keputusan berhubung cadangan tersebut.
Terdahulu, Persekutuan Badminton Dunia, BWF kemukakan cadangan untuk menukar format pemarkahan 21 mata dalam 3 set kepada 11 mata dalam 5 set berkuatkuasa selepas Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.
BWF dikatakan akan adakan undian secara maya berhubung cadangan itu pada bulan depan dan memerlukan undi majoriti dua per tiga daripada anggotanya untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca