← Back to list
Tiada Yang Terkecuali Dalam Pematuhan SOP PKP!
Mar 31, 2021
Semua pihak tertakluk kepada undang-undang bagi pematuhan SOP cegah Covid-19.
Tegas Menteri Kanan Keselamatan, tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang langgar arahan tersebut tanpa mengira status VIP, selebriti atau rakyat biasa.
Beliau turut ingatkan semua pihak supaya patuh kepada SOP ketat dalam penganjuran majlis sosial.
Arahan bekerja dari rumah dimansuhkan.
Bermula esok majikan sektor swasta dibenarkan mengarahkan kehadiran penuh melibatkan petugas bahagian pengurusan dan penyeliaan selain operasi serta sokongan.
Arahan 100 peratus untuk kedatangan ke tempat kerja itu sekaligus memansuhkan arahan bekerja dari rumah, BDR.
Pergerakan rentas negeri masih dilarang.
PKP Bersyarat di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan dilanjutkan sehingga 14 April ini, manakala Sarawak sehingga 12 April.
Status PKP Pemulihan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan pula turut dilanjutkan sehingga 14 April.
Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang mengikuti pelan gelembung pelancongan untuk negeri di bawah PKP Pemulihan sahaja.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca