← Back to list
Fasa kedua PICK 19 April depan
Mar 29, 2021
Fasa kedua PICK 19 April depan
Foto - Bernama
Fasa Kedua Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan membabitkan warga emas, golongan berisiko tinggi dan OKU akan bermula pada 19 April 2021.
Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkata, notis janji temu akan dihantar menerusi MySejahtera, panggilan telefon dan SMS bermula 5 April.
Setakat semalam, dua juta daripada sasaran 9 juta golongan terbabit telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.
Tiada vaksin dari rumah ke rumah
Sementara itu, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan kaedah pemberian suntikan vaksin COVID-19 dari rumah ke rumah.
Ini kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan buat masa ini masih kekal dengan konsep sukarela.
Pihaknya juga bimbang, kaedah itu akan menghantar mesej yang agak ‘mengerikan’ sekiranya ada orang ketuk pintu bersama jarum suntikan.
Tarikh akhir pendaftaran vaksin masih dibincang
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan masih pertimbang cadangan menetapkan tarikh akhir pendaftaran untuk mendapatkan vaksin.
Menurut Khairy, pengumuman akan dibuat jika ia dilihat memberi kesan yang positif kepada jumlah pendaftaran.
Perdana Menteri baru-baru ini cadangkan tarikh akhir pendaftaran vaksin diperkenalkan untuk mempercepatkan sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca