← Back to list
Khairy Jamaluddin Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Sinovac Hari Ini.
Mar 18, 2021
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin bakal jadi individu pertama yang terima suntikan vaksin jenis Sinovac hari ini di Hospital Rembau.
Khairy pilih untuk tidak mengambil vaksin Pfizer bagi meyakinkan orang ramai untuk terima sebarang jenis vaksin yang diberikan oleh kerajaan.
Lencana akan diberikan kepada mereka yang lengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Individu yang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan lencana.
Menurut Menteri Kesihatan, lencana yang dilengkapi dengan kod keselamatan itu adalah bukti seseorang individu sudah menerima vaksin, selain sijil digital di aplikasi MySejahtera.
Subsidi pembelian peranti elektronik buat pelajar ditambah baik.
Kerajaan akan tambah baik subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baru menjadi RM300 buat isi rumah penerima BPR, yang mempunyai anak yang bersekolah.
Menurut Perdana Menteri, inisiatif di bawah program Pemerkasa itu akan dilancarkan awal Mei ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca