← Back to list
Kes aktif COVID-19 terus menurun
Mar 08, 2021
Kes aktif COVID-19 terus menurun
Foto - HarakahDaily
Jumlah kes aktif COVID-19 dalam negara terus menurun kepada 19,778 apabila kira-kira dua ribu lagi kes sembuh dilaporkan hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, kali terakhir Malaysia merekodkan kes aktif di bawah paras 20 ribu adalah pada 25 Disember tahun lalu.
Sebanyak 1,529 kes baru positif COVID-19 dicatatkan hari ini dengan lapan lagi kematian terbaru direkodkan.
-----
Lelaki tetak kucing dipenjara 29 bulan
Foto - IsmaWeb
Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara 29 bulan selepas didapati bersalah menetak kucing milik jirannya di Kota Belud, Sabah.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 Julai lalu kira-kira jam 3 petang di hadapan anak-anak pengadu yang juga pemilik kucing berkenaan.
Kejadian menyebabkan dua anak pengadu trauma selepas melihat sendiri tertuduh yang juga jiran mereka membunuh kucing terbabit menggunakan parang.
-----
Bomba Terengganu kesan 12 titik panas
Foto - mStarOnline
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu kenal pasti 12 kawasan titik panas di negeri itu yang berisiko mudah terbakar akibat cuaca panas.
Daripada jumlah itu, enam dikesan di Dungun, empat di daerah Kemaman serta masing-masing satu di Setiu dan Besut.
Kawasan titik panas yang dikenal pasti pihaknya berisiko mudah terbakar serta mengakibatkan pembakaran akibat cuaca panas ketika ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca