← Back to list
Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dilancar
Feb 15, 2021
Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dilancar
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 secara maya, pagi tadi.
Tiga objektif utama yang ditetapkan dalam dasar ini adalah mengukuhkan perpaduan dan intergrasi nasional, membentuk identiti nasional dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.
Beliau menekankan bahawa Dasar Perpaduan Negara ini adalah dasar kita bersama di mana kita semua adalah ejen perpaduan negara yang akan membawa aspirasi ini ke hadapan.
Dalam ucapannya, Tan Sri Muhyiddin berkata, kesepaduan sosial yang telah wujud sekian lama telah mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
Semangat perpaduan ini katanya dapat dilihat dengan jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah COVID-19.
Selain itu katanya, ramai rakyat Malaysia sama ada individu atau berkumpulan khususnya petugas barisan hadapan menunjukkan sikap empati tanpa mengira kaum dan agama.
Justeru katanya, kita semua perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam hendak memahami isu-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan memyeluruh.
Pada masa sama, Tan Sri Muhyiddin meminta rakyat berwaspada dan mengelak manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum.
Beliau sedar rakyat negara ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi ini demi matlamat peribadi.
Malah katanya, kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu gugat perpaduan negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca