← Back to list
PKRC MAEPS Masih Mampu
Jan 25, 2021
PKRC MAEPS Masih Mampu
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS masih mampu tampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, secara purata penggunaan katil di PKRC itu kini kira-kira 3,000 dan masih ada 5,000 belum digunakan.
Dalam pada itu, polis Selangor siasat seorang pesakit COVID-19 yang mendakwa dirinya tetap keluar ke tempat awam!
Dia juga mendakwa tidak dihubungi pejabat kesihatan bagi ditempatkan di pusat kuarantin meskipun sudah 3 hari disahkan positif.
*foto: KKM
Selangor Agih Kad Sim
Kerajaan Selangor akan agih 40,00 kad sim untuk kegunaan pembelajaran dan perniagaan menjelang Mac.
Ia salah satu inisiatif kerajaan negeri bantu pelajar kurang mampu dan luar bandar mendapat akses internet bagi ikuti kelas secara dalam talian.
Hanya Tinggal Kemaman
7 daerah di Terengganu diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes.
Malah tiada lagi zon hijau di negeri itu dan Kemaman satu-satunya daerah dikategorikan zon kuning.
Ubat Gout Berkesan Rawat COVID-19?
Ujian klinikal di Kanada menunjukkan sejenis ubat yang biasa digunakan bagi rawatan gout boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian akibat COVID-19.
Hasil kajian itu memberi harapan penting kepada pesakit yang dijangkiti virus tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca