← Back to list
Selepas PRIHATIN dan PENJANA, Perdana Menteri umum PERMAI
Jan 18, 2021
Selepas PRIHATIN dan PENJANA, Perdana Menteri umum PERMAI
Foto - Bernama
Kerajaan hari ini perkenalkan satu pakej bantuan bernilai RM15 bilion dikenali sebagai Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.
Pakej bantuan PERMAI ini menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.
Ia melibatkan 22 inisiatif dengan 3 matlamat utama iaitu Memerangi Wabak, Memelihara Kebajikan Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
-----
PKP dilaksanakan di Seremban dan Port Dickson
Foto - Bernama
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan berkuat kuasa esok sehingga 1 Februari.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di dua daerah terbabit.
Pada masa sama, Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang dekat Kota Belud, Sabah pula ditamatkan hari ini.
-----
Polis tiada kuasa batalkan kompaun PKP
Foto - Harian Metro
Polis tidak ada kuasa untuk batalkan kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sekiranya individu tersebut tidak berpuas hati, mereka boleh buat rayuan kepada pegawai kesihatan daerah.
Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini kononnya terdapat pegawai polis membatalkan kompaun di bawah Akta 342 dikeluarkan ke atas seorang individu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca