Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

PM Setuju

Jan 18, 2021


PM Setuju

Perdana Menteri bersetuju untuk membentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19.

Ia akan berperanan memberi nasihat kepada kerajaan dalam isu menangani penularan pandemik itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengalu-alukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menghargai sokongan padu hospital swasta dalam membantu menangani penularan COVID-19.

Ujar beliau, ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi hospital kerajaan dan petugas kesihatan.

Dalam pada itu, Malaysia merekodkan kes kematian akibat COVID-19 lebih 2 minggu berturut-turut sejak 1 Januari lepas.

Semalam 7 lagi pesakit maut menjadikan jumlahnya naik kepada 601 orang.

Kes harian baru juga kekal di atas 3 ribu dan semalam 3,339 kes baru dilaporkan.

Murid Tahun 1 &Tingkatan 1 Paling Terasa

Murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mungkin paling terjejas dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, (PdPR) yang kembali dilaksanakan.

Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), murid terbabit tidak dapat merasai keterujaan secara fizikal hari pertama persekolahan.

Namun pihaknya akur, ini adalah pilihan terbaik ekoran lonjakan kes COVID-19.

Kesatuan turut berharap beberapa isu diselesaikan agar PdPR berkesan.

Antaranya kehadiran murid dalam kelas dalam talian dan kemahiran digital guru diperkukuhkan.

Katanya lagi, PdPR boleh dilaksanakan selepas waktu pejabat agar ibu bapa boleh memantau sesinya.

Sesi persekolahan bersemuka di seluruh negara yang bermula Rabu ini ditangguhkan.

Hanya calon peperiksaan utama antaranya SPM, STAM dan STPM dibenarkan hadir ke sekolah.

Kerajaan Sedia Pertimbang

Kerajaan mempertimbangkan cadangan melanjutkan waktu operasi premis makanan di kawasan PKP.

Ujar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ia susulan rayuan rayuan pengusaha dan golongan pekerja.

Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lagi, rayuan itu juga telah dipanjangkan kepada Menteri Kanan Keselamatan.

Ketika ini operasi premis makanan di kawasan PKP adalah 6 pagi sehingga 8 malam dan hanya boleh dibawa pulang atau penghantaran.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca