← Back to list
Saran Buka Berperingkat
Jan 11, 2021
Saran Buka Berperingkat
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional mencadangkan sekolah dibuka secara berperingkat ekoran peningkatan kes COVID-19 dan banjir yang melanda ketika ini.
Pihaknya memaklumkan Astro Awani, keutamaan boleh diberi kepada murid yang akan duduki peperiksaan iaitu Tingkatan 5 dan 6.
Bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) pula, pihaknya menyokong apa jua keputusan Kementerian Pendidikan.
Pihaknya yakin dalam proses pembukaan sesi persekolah, keputusan dibuat berasaskan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan analisis risiko semasa.
Berkenaan peperiksaan SPM 2020 yang dijadualkan bulan depan pula, NUTP berharap ia diteruskan.
Menurutnya, peperiksaan itu penting untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran atau memasuki fasa kerjaya.
ATM Komited
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited meneruskan Op Murni bagi bantu mangsa banjir sehingga tamat musim tengkujuh yang dijangka pada Mac ini.
Ujar Menteri Pertahanan, fasa pertama ialah memindahkan mangsa banjir, mengangkut barangan dan menghantar bekalan ke kawasan yang terputus hubungan.
Fasa seterusnya akan membabitkan tugas pasca banjir seperti membantu mangsa kembali ke rumah dan pembersihan tempat awam.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memuji anggota ATM Kem Batu 3 Temerloh yang komited bertugas dan berkorban meskipun kem berkenaan turut dinaiki air.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan NGO dan orang ramai yang mahu membantu mangsa banjir agar menjalani ujian saringan COVID-19.
Ada Turun, Ada Naik
Bilangan mangsa banjir di Pantai Timur menunjukkan trend penurunan.
Terkini, Pahang merekodkan hampir 24,000 mangsa, Terengganu 4,000 ribu dan Kelantan kira-kira 1,700 orang.
Bagaimanapun mangsa banjir di Johor kembali meningkat ekoran hujan berterusan.
Negeri itu kini merekodkan kira-kira 1,300 mangsa bencana tersebut.
Penduduk di 4 negeri berkenaan juga diminta terus waspada dengan cuaca buruk dan banjir.
Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, hujan lebat berterusan di negeri terlibat sehingga esok.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca