← Back to list
Sukarelawan Bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 Diperlukan.
Feb 09, 2021
Kementerian Kesihatan masih mencari sukarelawan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 di negara ini.
Individu berumur 18 tahun ke atas dan sihat dialu-alukan untuk sertai kajian tersebut.
Setakat ini, 990 sukarelawan telah bersetuju untuk sertainya dan lebih 200 daripadanya telah menerima dos pertama.
Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dipendekkan kepada 3 hari.
Tempoh pemerhatian bagi menteri Kabinet yang pulang daripada mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 kepada 3 hari berkuatkuasa hari ini.
Mereka boleh jalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Warta itu yang ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menyatakan peraturan itu berkuat kuasa hingga 1 Ogos ini.
Bekalan ayam di pasaran mencukupi.
Kerajaan beri jaminan bekalan ayam di pasaran mencukupi walaupun sebuah kilang pengeluar ayam utama negara diarah tutup baru-baru ini.
Ini kerana pengeluaran bekalan ayam daging oleh kilang lain yang masih beroperasi tetap stabil dan dapat memenuhi keperluan pasaran.
Sabtu lepas, kilang pemprosesan ayam di Serkam, Melaka diarah tutup selepas pekerjanya disahkan positif COVID-19.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca