← Back to list
Kes Kematian Tertinggi
Feb 09, 2021
Kes Kematian Tertinggi
24 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini sekali gus angka korban harian tertinggi setakat ini.
Ia juga menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 896.
Bilangan kes baru pula ialah 3,100 manakala 2,340 pesakit sembuh.
Kes baru paling tinggi masih dipegang Selangor iaitu 1,196 diikuti Johor 490 dan Melaka 344.
Perlu Setahun
Malaysia dijangka perlu masa setahun untuk capai imuniti kelompok menerusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19.
Jelas saintis daripada Institut Genom Malaysia, Dr Ummirul Mukmimin Kahar, untuk mencapainya 80 peratus rakyat perlu divaksinkan.
Malaysia dijangka terima bekalan pertama vaksin COVID-19 hujung bulan ini dengan petugas barisan hadapan menjadi penerima awal.
Kadar Pengangguran Naik
Kadar pengangguran di negara ini tahun lalu naik kepada 4.5 peratus, tertinggi sejak 1993 ekoran pandemik COVID-19.
Jabatan Perangkaan juga jangka pasaran kerja kekal rendah buat permulaan tahun ini.
Namun kerajaan optimis optimis impaknya akan berkurang hasil pelbagai insentif yang diwujudkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca