← Back to list
Malaysia hanya bebas Covid-19 jika tiada kes baru dalam 28 hari.
Jun 12, 2020
Malaysia hanya akan diisytiharkan bebas daripada Covid-19 jika tiada kes baru direkodkan dalam tempoh 28 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia adalah penanda aras yang diguna pakai sebelum negara benar-benar bebas daripada wabak itu.
Tambah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebagai contoh, jika satu kluster itu hendak ditamatkan, ia memakan masa 28 hari pemantauan dan pengawasan iaitu dua kitaran inkubasi.
Berita palsu Covid-19 lebih cepat tersebar daripada virus itu sendiri.
Penyebaran berita palsu mengenai Covid-19 dilihat lebih cepat tersebar berbanding penularan wabak itu sendiri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui seluruh dunia kini bekerja keras mengatasi infodemik berhubung wabak tersebut.
Setakat Rabu, sebanyak 266 kertas siasatan dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19 dan 30 daripadanya telah didakwa di mahkamah.
Bayaran haji akan dipulangkan semula dalam masa terdekat.
Tabung Haji akan memulangkan semula semua bayaran haji yang sudah dimasukkan ke dalam akaun mengikut kadar penuh dalam masa terdekat.
Penangguhan ibadah haji akibat Covid-19 yang diumumkan oleh kerajaan semalam melibatkan kira-kira 31,600 jemaah Malaysia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca