← Back to list
KKM akan terus pantau hospital dan komuniti bagi elak peningkatan kes Covid-19.
Jun 11, 2020
Sepanjang tempoh PKPP, Kementerian Kesihatan akan terus pantau hospital dan komuniti untuk elak berlakunya peningkatan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia bagi membolehkan semua sektor ekonomi, sosial dan pendidikan dapat dibuka secara menyeluruh.
Fokus KKM ketika ini katanya adalah memperkasa orang awam agar mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pelaksanaan PKP dan PKPB menyaksikan penurunan kadar jenayah sebanyak 46 peratus!
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sepanjang tempoh itu, kira-kira 10,000 kes pelbagai kesalahan jenayah dilaporkan berbanding 19,000 kes dicatatkan sebelum PKP dilaksanakan 18 Mac lalu.
Wajib pakai pelitup muka untuk menaiki pengangkutan awam.
Kementerian Pengangkutan tegaskan, individu yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan untuk menaiki pengangkutan awam.
Orang ramai katanya perlu terus patuhi arahan itu biarpun negara sudah memasuki fasa pemulihan Covid-19.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca