Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Sekolah dibuka semula 24 Jun

Jun 10, 2020


Sekolah dibuka semula 24 Jun

Foto - RTM

Tarikh pembukaan semula sekolah ditetapkan pada hari Rabu, 24 Jun 2020 namun terhad kepada pelajar kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa setara).

Jelas Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidn, bagi pelajar sekolah berasrama penuh pula, hanya pelajar yang terbabit dengan peperiksaan awam akan kembali ke asrama masing-masing.

Manakala bagi murid dan pelajar lain, sesi pembelajaran akan diteruskan dari rumah seperti sekarang sebelum sekolah dibuka secara berperingkat.

-----

Tiada jangkitan COVID-19 warganegara, dua hari berturut-turut

Foto - The Star

Malaysia merekodkan jumlah jangkitan harian COVID-19 terendah sejak PKP dikuatkuasakan Mac lalu apabila hanya dua kes baru dicatatkan dan tidak melibatkan warganegara ini buat hari kedua berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes yang direkodkan itu, satu merupakan kes import manakala satu lagi kes babitkan warga asing di Sarawak.

Bagaimanapun satu lagi kematian terbaru akibat wabak itu dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 118.

-----

Rakyat dinasihat kekal waspada - MHC

Foto - Malaysian Health Coalition

Gabungan Kesihatan Malaysia menasihati rakyat Malaysia agar kekal berwaspada sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga vaksin untuk COVID-19 ditemui.

MHC berkata, prosedur operasi standard yang komprehensif, termasuk garis panduan pelaksanaan yang jelas adalah amat penting tatkala kerajaan mula membuka kembali pusat asuhan kanak-kanak dan sekolah secara berperingkat.

Pihaknya juga menggesa rakyat Malaysia agar kekal berhati-hati memandangkan larangan perjalanan rentas negeri serta pelancongan domestik telah ditarik balik serta tidak mengambil mudah fasa pemulihan ini.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca