← Back to list
Diskaun RFID di Jambatan Pulau Pinang
Jun 06, 2020
Diskaun RFID di Jambatan Pulau Pinang
Foto - Libur
Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang memandu kereta persendirian dan menggunakan kaedah bayaran tol RFID berpeluang menikmati diskaun 20 peratus mulai pertengahan bulan depan.
PLUS Malaysia Berhad berkata diskaun tersebut diberikan kepada rakyat Pulau Pinang dan warga kerja di negeri itu, merangkumi 80 peratus kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang.
Permohonan boleh dibuat mulai bulan depan dan butiran lanjut mengenai permohonan diskaun itu akan diumumkan PLUS dan pihak Touch 'n Go tidak lama lagi.
-----
Vaksin COVID-19 mungkin diwajibkan jika jumpa penawar
Foto - Kompas
Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggubal dasar untuk mewajibkan pemvaksinan COVID-19 jika vaksin untuk wabak berkenaan ditemui kelak.
Namun Kementerian Kesihatan akui perlu melihat kesan sampingan penggunaan dan keberkesanannya terlebih dahulu sebelum dasar mengenainya boleh digubal.
Ketika ini katanya, banyak negara sedang menjalankan penyelidikan terhadap vaksin COVID-19 dan laporan lengkap yang dijangka akan dikeluarkan pada November ini.
-----
SRPM buat laporan polis
Foto - Astro Awani
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat laporan polis susulan dakwaan seorang wanita diugut, diherdik dan dipaksa memberi keterangan.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak.
Selain itu, katanya, SPRM mempunyai bukti bahawa tohmahan terbabit adalah palsu dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan perkara berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca