← Back to list
Jumlah jangkitan COVID-19 sejajar unjuran NIH
Jun 01, 2020
Jumlah jangkitan COVID-19 sejajar unjuran NIH
Foto - The Star
Jumlah kes-kes jangkitan harian COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia yang mendapat jangkitan dalam negara sejajar dengan unjuran graf pemodelan Insitut Kesihatan Negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini sememangnya menggambarkan impak positif tindakan yang diambil kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap SOP ditetapkan.
Namun katanya, masyarakat harus kekal berwaspada dan terus patuh kepada sop serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada penularan dan peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat setempat.
-----
Gunting rambut masih belum dibenarkan
Foto - Media Permata
Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan sedang menyiapkan SOP berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.
Justeru katanya, gunting rambut setakat ini masih dalam senarai terlarang di mana saja, termasuk di rumah.
-----
UiTM pulangkan yuran kolej kediaman
Foto - FMT
UiTM akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac lalu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan secara dalam talian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca