← Back to list
Nahas Akibat Pemandu Mabuk: PM Arah Rangka Pindaan Akta
May 31, 2020
Nahas Akibat Pemandu Mabuk: PM Arah Rangka Pindaan Akta
Perdana Menteri sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan rangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan.
Ia bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sebagai maklum balas terhadap keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk.
Berdasarkan statistik PDRM, dalam tempoh 5 bulan ini 21 kes membabitkan pemandu mabuk direkodkan mengakibatkan 8 mangsa maut.
PKPB: Rentas Negeri Suami Isteri Berjauhan Mulai Esok
Perjalanan rentas negeri untuk pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dibenarkan mulai esok.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, alasan pekerjaan dan urusan kecemasan juga diterima.
Namun tegas beliau, perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara umumnya masih belum dibenarkan.
COVID-19: Malaysia Hampir Berjaya
Malaysia semakin menghampiri sasaran memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaruh keyakinan sedemikian berdasarkan jumlah kes positif yang semakin turun dan tiada kematian untuk hari ke-8 berturut-turut.
Semalam 30 kes baru direkodkan, 95 lagi pesakit sembuh dan tiada kes kematian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca