← Back to list
Ramai Terkejut Tun M Dipecat
May 29, 2020
Ramai Terkejut Tun M Dipecat
Pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada BERSATU, parti yang diasaskannya sendiri mengejutkan ramai pihak.
Penganalisis politik yang juga pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Tawfik Yaakob juga tidak terkecuali.
Ujar beliau, ia sekaligus membawa kepada masa depan yang kurang meyakinkan untuk Tun M dan 4 lagi pemimpin.
Dr Mohd Tawfik juga menolak memungkinan pemimpin berkenaan akan mewujudkan parti baru.
Semalam Tun M bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan 3 yang lain dipecat serta-merta daripada BERSATU kerana melanggar arahan parti.
2 lagi nama besar ialah 2 bekas menteri Kabinet, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana duduk di sebelah pembangkang pada sidang dewan rakyat 18 Mei lalu.
Kesan Positif Mula Kelihatan
Kesan positif mula kelihatan susulan langkah kerajaan tukar strategi daripada PKP kepada PKPB walaupun ia lebih longgar.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, kadar kes semasa COVID-19 menepati unjuran dan model yang dirangka khususnya penurunan kes kepada 2 dan 1 digit.
Sementara itu, keputusan buka lebih banyak sektor termasuk sekolah dan sosial bergantung kepada kadar kes baru sehingga 9 Jun ini.
Semalam hanya 10 kes baru direkodkan yang juga paling rendah sejak PKP dilaksanakan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca