Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Raya Semasa PKPB: Lindungi Golongan Berisiko

May 14, 2020


Raya Semasa PKPB: Lindungi Golongan Berisiko

Orang ramai perlu terus melindungi kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 sepanjang musim perayaan ini. 

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, masyarakat perlu mengelakkan sebarang perhimpunan yang tidak patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Misalnya, mereka yang keluar beraya mungkin bawa pulang penyakit daripada zon merah dan menjangkiti pula ibu bapa yang sudah berusia.

Semalam, kerajaan menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri tahun ini hanya dibenarkan pada raya pertama sahaja. 

Ia juga terhad kepada keluarga terdekat dan jiran rapat sahaja, dan bilangannya pula tidak melebihi 20 orang bergantung kepada saiz rumah.

Tan Sri Muhyiddin Lakar Sejarah

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor melakar sejarah tersendiri hari ini.

Buat julung kalinya Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir sebagai Perdana Menteri pada pembukaan Penggal Persidangan DUN tersebut di Kota Iskandar.

Tan Sri Muhyiddin melakar sejarah sebagai Perdana Menteri Pertama yang menjadi ADUN dan Ahli Parlimen secara serentak.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada Februari lalu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Ia susulan kemelut politik negara yang tercetus ekoran perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekali gus meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



KPM Utamakan Pelajar Ambil Peperiksaan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan beri keutamaan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam jika sesi persekolahan dibuka semula.

Menurut KPM, prioriti diberi kepada pelajar tingkatan 5 dan 6, dan jika ia berlaku pengumuman mengenainya akan dibuat 2 minggu sebelum bermula.

Kementerian turut memaklumkan, pihaknya sedang mengadakan simulasi di Selangor untuk melihat pelaksanaan garis panduan pembukaan sekolah.

Buat masa ini juga, KPM belum ada perancangan untuk membuka sesi persekolahan kepada pelajar lain terutama di peringkat sekolah rendah.

*foto sekadar hiasan


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca