← Back to list
Buktikan Pada Dunia
May 13, 2020
Buktikan Pada Dunia - KP Kesihatan
Buktikan pada dunia kita mampu putuskan rangkaian penularan COVID-19.
Begitulah seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua pihak di negara ini untuk bekerjasama mengekang gelombang ke-2 virus berkenaan.
Menurut KKM, masyarakat perlu turut bertanggungjawab memastikan trend penularan semula seperti yang terjadi di Korea Selatan dan China tidak berlaku selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, Malaysia mencatatkan 16 kes baru yang juga kes harian paling rendah setakat ini.
Kes pulih pula 110 dan tiada kematian direkodkan.
Warga Selangor Boleh Makan Di Kedai Mulai Hari Ini
Restoran dan kedai makan di Selangor dibenarkan tawar perkhidmatan makan di premis mulai hari ini.
Waktu operasi ialah dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam.
Penjaja makanan dalam kategori tidak berpremis seperti trak makanan juga boleh mula beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Namun ia terhad kepada pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.
Sementara itu di Pulau Pinang, penduduk dibenarkan makan di hotel, pusat beli-belah dan restoran makanan segera mulai Jumaat ini.
Tiada Bazar Ramadan di Kampung Pandan
DBKL nafi dakwaan mengatakan ada bazar Ramadan diizinkan beroperasi di Kampung Pandan.
Ia ekoran tular papar orang ramai beli juadah di beberapa gerai di kawasan itu tanpa kawalan dan penjarakan sosial.
Pihaknya juga sudah ambil tindakan susulan terhadap kes tersebut.
Layari ‘sebenarnya.my’ untuk mengesahkan sesuatu berita dan maklumat
Separuh Gagal Permohonan BPN Ada Lesen SSM
Hampir separuh daripada sejuta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan Berita Harian, individu yang terlibat boleh hadir ke cawangan agensi itu bagi memudahkan proses rayuan.
Mereka antaranya perlu bawa penyata akaun syarikat untuk membolehkan penilaian dibuat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca