← Back to list
Perkhidmatan gunting rambut masih dilarang
May 12, 2020
Perkhidmatan gunting rambut masih dilarang
Kerajaan masih belum benarkan perkhidmatan gunting rambut kerana ia tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu termasuk perkhidmatan gunting di rumah atau pejabat pelanggan.
Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan kononnya terdapat dakwaan kononnya ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunting rambut ke rumah.
-----
SOP solat Jumaat, berjemaah Khamis ini
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka diketahui Khamis ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini.
Mengenai solat Aidilfitri pula, pihaknya juga akan berbincang mengenai perkara itu secara khusus dalam masa terdekat.
-----
Tarikh kemasukan Tingkatan Enam akan dimaklumkan kelak
Semakan tawaran kemasukan dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Kementerian Pendidikan berkata, tarikh itu akan ditetapkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.
Langkah itu katanya dilaksanakan bagi menjamin keselamatan murid, guru serta warga sekolah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca