← Back to list
KKM terus pantau kluster baru COVID-19
May 10, 2020
Kerajaan terus pantau kluster COVID-19.
Foto : Astro Awani
Kementerian Kesihatan akan terus memantau kluster baru COVID-19 di seluruh negara
dalam usaha memastikan wabak COVID-19 dapat dikawal.
Timbalan Menterinya berkata demikian selepas hampir 90 kes positif dikesan membabitkan
warga asing di Pedas, N. Sembilan.
Dalam pada itu, satu lagi kluster baru turut dikesan di Setia Alam juga membabitkan pekerja asing.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata sebanyak 12 kes positif direkodkan selepas sebuah
tapak pembinaan di situ dijangka kembali beroperasi.
---
Kawasan PKPD ke-8 diumumkan.
Foto : Astro Awani
Sementara itu, kawasan Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya jadi kawasan ke-8 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai hari ini hingga 23 Mei.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara berkenaan menerusi
laman Facebooknya selepas mendapat nasihat KKM.
Jelasnya, KKM sahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan berkenaan.
---
Barangan menjelang Aidilfitri mencukupi.
Foto : Astro Awani
Kerajaan beri jaminan bahawa barang keperluan sempena perayaan Aidilfitri adalah
mencukupi!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata pihaknya akan
memastikan orang ramai tidak melakukan pembelian panik sempena musim perayaan kali
ini.
Pihaknya turut ingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya barangan
keperluan tidak mencukupi yang akan mencetuskan pembelian panik dan sekaligus
kenaikan harga barang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca