← Back to list
Amaran buat premis pajak gadai!
May 06, 2020
Amaran buat premis pajak gadai!
Foto - Twitter @_joni_joni_joni
Premis pajak gadai yang menjadi tumpuan ramai sejak awal minggu ini dilarang mengenakan kadar faedah melebihi dua peratus bagi setiap barang kemas yang digadai pelanggan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis pajak gadai perlu mematuhi kadar faedah yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan kelmarin, premis pajak gadai menjadi tumpuan orang ramai sama ada menggadai barang kemas bagi mendapat wang atau memeriksa tunggakan faedah barang kemas.
-----
Sarawak umum SOP PKPB Jumaat ini
Foto - The Star
Kerajaan negeri Sarawak akan mengumumkan Prosedur operasi standard (SOP) serta protokol bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) negeri itu pada Jumaat ini.
Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sedang melengkapkan SOP serta protokol untuk sektor perniagaan beroperasi semula.
Malah katanya, SOP dan protokol itu perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan pihak industri, sektor perniagaan dan rakyat memahaminya dengan jelas.
-----
Boleh jemput anak di kampus IPT
Foto - UiTM Media Rasmi
Ibu bapa pelajar IPT termasuk politeknik dan kolej komuniti dibenar menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing bermula hari ini.
Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan hari ini berkata, kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja.
Pihaknya turut menasihatkan, urusan hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan MKN dan PDRM serta mematuhi SOP Kementerian Kesihatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca