← Back to list
KKM Akan Susun Semula Strategi
May 06, 2020
KKM Akan Susun Semula Strategi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan susun semula strategi baru hadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 selepas ini.
Tempoh seminggu dua ini juga digunakan sebaiknya untuk memberi rehat kepada petugas barisan hadapan KKM yang bekerja keras sejak beberapa bulan lalu.
Semalam, 30 kes baru COVID-19 dilaporkan yang juga paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 6,383 dengan lebih 71 peratus pesakit sudah sembuh.
Lebih 600,000 Buat Permohonan Dalam Aplikasi Gerak Malaysia
PDRM terima 605,723 permohonan perjalanan antara negeri melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.
Ia untuk pergerakan rentas negeri yang akan bermula esok hingga 10 Mei ini membabitkan mereka yang terkandas di kampung.
Orang ramai juga masih ada masa untuk mengemas kini aplikasi dan permohonan mereka bagi membolehkan ia diproses.
Sidang media dijangka diadakan hari ini bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung permohonan Gerak Malaysia.
Polis Tubuh Pasukan Khas
PDRM tubuh pasukan petugas untuk memantau dan memastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi di seluruh negara.
Pasukan itu turut disertai beberapa agensi kerajaan yang lain antaranya ATM, APM dan RELA.
Pendekatan yang diambil ialah memberi nasihat dan amaran kepada orang ramai dan industri.
Jika masih gagal dipatuhi, pasukan itu akan ambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca