← Back to list
238 Ditahan Bina Penempatan Haram Dalam Hutan
Apr 29, 2020
Hampir 240 Ditahan Bina Penempatan Haram Dalam Hutan Semasa PKP
Polis tahan hampir 240 orang ekoran serbuan terhadap sebuah kawasan penempatan haram di hutan Batang Kali, Hulu Selangor.
77 wanita dan 85 bayi serta kanak-kanak antara yang ditahan dan suspek dilapor berhijrah dari beberapa negeri antaranya Perak, Pahang dan Kelantan.
Kesemuanya kini ditempatkan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
Menurut polis Selangor, mereka didapati mendirikan khemah sebagai tempat tinggal, juga tempat memasak dan mandi di penempatan haram itu.
Hasil siasatan juga mendapati mereka mendakwa menjadi ahli sebuah pertubuhan iaitu Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).
COVID-19: Pengunjung Pasar Yang Ada Gejala Diminta Melakukan Saringan
Kementerian Kesihatan (KKM) minta pengunjung pasar awam yang mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sesak nafas melakukan saringan COVID-19.
Ia susulan kluster Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang merekodkan 74 kes positif.
13 daripadanya membabitkan individu yang tidak menjalankan perniagaan di pasar borong tersebut dengan ada antaranya merupakan peniaga pasar lain yang membeli bekalan di situ.
Sementara itu, DBKL memaklumkan Pasar Raja Bot di Chow Kit ditutup bermula hari ini hingga 13 Mei.
Ia bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan saringan COVID-19 terhadap peniaganya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pasar Awam Bahau di Jempol, Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya kini dijadikan Kawasan Kawalan Khas (KKK) sehingga 10 Mei.
Ia bermakna premis dan kawasan sekitarnya ditutup dan penduduk tidak dibenarkan keluar dari tempat tinggal dalam tempoh ini.
Ini selepas seorang peniaga di pasar tersebut disahkan positif COVID-19 dan dilapor antara kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.
Masyarakat Perlu Bersedia Hadapi COVID-19 Dalam Tempoh Lebih Lama
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh menghapuskan penularan COVID-19 secara menyeluruh.
Sebaliknya ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, masyarakat perlu bersedia menghadapi virus berkenaan untuk tempoh lebih panjang.
Kita semua juga perlu membiasakan diri dengan norma-norma baru di semua peringkat masyarakat dan amalan hidup.
Antaranya mengamalkan penjarakan sosial yang selamat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca